expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

SUP DAGING LEMBU MASAK HITAM (TIULA ITUM)


Ok, seperti yang semua sedia maklum, saya nak share 1 resepi istimewa yang memang best dan terkenal sangat di negeri Sabah. Kalau sekali anda rasa pasti nak lagi, jadi selamat mencuba...

Resepi Sup Daging Lembu Masak Hitam (Tiula Itum) Masakan Warisan Kaum Suluk di Negeri Sabah

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
Bawang Merah, Bawang Putih, Cili Padi, Lengkuas, Halia, Kunyit Hidup, Kelapa Bakar, Serai, Ajinomoto, Garam, Daging, Tulang

Siapkan bahan-bahan terlebih dahulu.

TUMBUK SAMPAI HANCUR
Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Kunyit Hidup, Cili Padi

BLENDER DAN TAPIS
Lengkuas (Ambil air sahaja)

TUMBUK SEPARUH HANCUR
Serai
Kelapa Bakar

Ambil separuh isi dari sebiji kelapa tua, bakar sampai kelapa kelihatan hitam jangan terlalu rentung, dah siap bakar, tumbuk isi kelapa bakar sampai hancur.

CARA MEMASAK:

LANGKAH 1
Letak sedikit minyak pada kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi, masukkan serai, air lengkuas, kelapa bakar dan daging serta tulang. Gaur sehingga daging nampak remuk, ampuk barulah masukkan air bersih, garam dan ajinomoto secukup rasa. Tutup kuali menggunakan penutup sesuai, tunggu sehingga daging dah lembut dan benar-benar masak.

LANGKAH 2
Bila dah masak, sediakan pada piring mangkuk, makan bersama nasi atau piutu ubi atau sianglag ubi. InsyaAllah citarasa, warna hitam, rasa dan baunya cukup menyelerahkan, unik dan bila dah makan pasti teringat dan teringin makan berulang kali.

SOTONG MASAK HITAM


BAHAN-BAHANNYA :-)
600-gram sotong saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
1/2 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong diasingkan kepala dan badannya, dibahagian kepala sotong, buang muncungnya dan berhati2 bersihkan bahagian kantung sotong yang berisi dakwat hitam, ketepikan. Badan sotong dibersihkan bahagian dalamnya dan kerat 3 - 4 bahagian bergantung pada saiz sotong, cuci dan toskan.

Kemudian masukkan ke dalam belas sotong dan kepalanya, tambah serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Gaul rata2 dan ketepikan sebentar.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sotong dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.

Kacau dan masak sekejap (kurang lebih 2 minit). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!!

NASI AYAM CHEF WAN


BAHAN-BAHAN NASI:
1/2 cawan marjerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras, dicuci dan ditoskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

CARA-CARA: -
Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.

Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.

Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.

CARA MENYEDIAKAN AYAM: -
1 ekor ayam berat nya (anggaran 1.5 kg), dibersihkan dan dibelah dua-rebus dalam air mendidih hingga separuh masak.Garam
2 camca lada hitam yang dikisar
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin

CARA-CARA: -
Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.

Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.

Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

BAHAN SOS CILI: -
5 - 6 biji cili merah
1 kiub pati ayam
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
2 inci halia - diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Kisar semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga mendidih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.

Selamat Mencuba!

HOMEMADE MALAYSIAN TAKOYAKI


Minggu lepas ada la sorang akak ni bawak bekal, dia pun offer la...untuk jaga hati dia, amik satu dan makan. bila makan tu, sedap la pulak benda ni. Mula-mula tak tau pun nama apa, bila tanya baru tau namanya Takoyaki iaitu sejenis makanan Jepun. So, tanya la akak tu macam mana nak buat ni, akak yang baik hati tu pun bagi le resepi Takoyaki ala-ala Malaysia yang dia buat. Hari ni, rasa teringin nak try & baru berkesempatan buat sendiri Takoyaki ni. So, jom kita intai macam mana nak buat Takoyaki Malaysian style.


BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepug gandum11/2 cawan air
Sebiji telur
Satu sudu teh baking powder
Secubit garam
2 sudu besar butter / 1 sudu minyak bunga matahari
Sedikit kubis (dicincang)
Kepingan cheese secukupnya
Kepingan seaweed secukupnya
Filamen ketam (dipotong pendek2)
Sedikit cincangan isi udang (jika suka)
Mayonis / Sos salad secukupnya
Sos cili secukupya
Loyang cupcake (saiz kecil)

CARANYA:
Campurkan tepung, air, baking powder, butter, garam serta telur ke dalam mixer dan kacau sebati.
Setelah sebati, masukkan kubis cincang sehingga menutupi 3/4 bahagian adunan tadi. Panaskan loyang pembakar dan griskan setiap lubang dengan butter atau minyak. Tuangkan sedikit adunan pada setiap lubang (kira-kira 1/4 paras lubang.

Kemudian susunkan seaweed yang telah dipotong kecil dan juga kepingan filamen ketam.
Setelah selesai menyusun, tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup filamen ketam tadi. Pastikan adunan tidak melimpah keluar dari lubang loyang.

Potong kepingan cheese kecil-kecil dan tabur di atas adunan. Setelah itu, bakar adunan tadi pada suhu 180'c selama lebih kurang 10 minit.

Setelah adunan nampak kekuningan, angkat dan keluarkan segera dari lubang loyang bagi mengelakkannya dari melekat. Sejukkan seketika dan picit sos serta mayonis di atasnya. Sedia untuk dihidang.

Taraaaaaa....inilah hasilnya;
Takoyaki ini memag lazat apabila ditambah sos cili dan mayonis.

Selamat Mencuba!